Q U E E N ♡
About;
What's Happening?

1 2 3 4

Shout here;
Talk to much

Archive;
Preview Old Post

Credit;
The Cretive!

© 2013 - Full Template by Arrien Amani and someone help me is Mayra and Inficon . Edit by Shahirah.

Aku dan sukan
Friday, 27 June 2014 | 1 Comments


Assalamualaikum...
Dua tahun berturut-turut rumah SATRIA aka Rumah merah sekolah aku Juara 2013/2014
Tapi aku tak sumbang apa-apa pingat. Just memenuhi acara. Biasalah tu orang tamak selalu rugi.
Aku masuk sebab tahun ni tahun akhir. Biarlah semuanya menjadi satu pengalaman dan kenangan.
Cikgu tak paksa masuk pun. Aku yang nak. 
Antara acara yang aku join : Lontar peluru, rejam lembing dan lompat tinggi.
Sebenarnya ada lagi acara yang sepatutnya aku join sebab aku letak nama aku. Contoh tarik tali perempuan and larian 4x100m. Memandangkan tangan aku lebam sebab kene palang lompat tinggi tu. aku cancel dari join tarik tali. Acara larian pulak. Kalau dulu yelah aku semangat nak lari. Sekarang? Tak payah cakap lah. Aku lebih sayangkan kaki aku ni. Kene jaga elok-elok. Tak nak paksa diri. Nanti aku jugak yang tanggung kan. Baik aku elakkan. Time tu jugak kaki aku tak berapa nak sihat, maklumlah sebelum tu sukan tara. Lari 400m and 100m. Aku mana tahan dah. Makin meningkat umur ni makin penat dan tak bertenaga. Haha.

 Taniah dan terima kasih kepada rakan sepasukan yang menyumbang mata Emas (24)
Walaupun mata sukan tara kita paling tercorot sebab ramai yang tak datang haritu. Lastly kita mampu jadi Champion! Yang paling penting kita main secara "Bersih dan Adil"! Sebab Allah itu Maha Adil.
Nak cakap takda yang main kotor, tipulah kan kalau tade? Biasalah tu kan.

Walaupun cikgu tak hulurkan bantuan untuk persiapan perbarisan. Kitorang berganding bahu saling membantu buat persiapan dan akhirnya dapat tempat kedua dalam perbarisan. It's okay. Kita berdikari ye dak. Cikgu pun bangga dengan kita kan? Siap buat status dekat facebook puji rumah kita.
Thanks a lot kepada Munira and congrates jugak sebab banyak sumbangkan emas dan banyak sumbangkan idea, tenaga dll dan tak lupa juga kepada Fardiana.

"Asma bukan penghalang untuk bersukan.", nasihat aku untuk Mun.
Dah terbukti dah sekarang. Dia diumumkan sebagai P18 terbaik dalam sukan*lebih kurang macam tulah haha.

Aku jadi ahli rumah SATRIA ni sejak tahun 2013. Sebelum ni aku rumah hijau.
Sejak 2013 segala nama rumah sukan, dan ahlinya berubah. Tapi tak semua nama pelajar yang ditukar. Tujuan sebenar nak bagi semua rumah sukan sama jumlahnya.

Rumah Merah- (Dulu) Ibnu Khaldun (Kini) SATRIA
Rumah Biru- (Dulu) Ibnu Nafis (Kini) WAJA
Rumah Hijau- (Dulu) Ibnu Sina (Kini) EXORA
Rumah Kuning- (Dulu) Ibnu Yunus (Kini) INSPIRA

**dulu nama tokoh **sekarang nama kereta xD

Nak di ceritakan sejak aku masuk rumah SATRIA aku tak pernah nak try untuk sayang rumah ni. Sebab? sebab aku sayang gila dekat rumah sukan lama aku tu. Aku benci gila bila nama aku ada dekat rumah SATRIA. Ia bagaikan mimpi ngeri!!! Nak tahu something tak? Aku tak pernah cerita lagi dekat kawan aku atau dekat sape-sape. Tak pernah terlintas pun dalam fikiran aku rumah merah boleh menang. Sebab dari aku form 1 rumah merah tak pernah pegang gelaran Johan. Itulah sebabnya. dan tup tup tahun lepas rumah merah menang? gila terperanjat aku! Tahun lepas aku langsung tak join apa-apa. kau bayangkanlah betapa bencinya aku dekat rumah merah dulu. Haha. Masa sukan sekolah pulak aku langsung tak datang. Boleh dikatakan aku langsung tanak ambil tahu langsung pasal rumah sukan aku time tu. Hehe kejam kan? Nakal kan? Hahaha

Tak pasal-pasal aku kene tukar. Tapi aku bersyukur sangat sekarang ni. Alhamdulillah. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah-Nya. Allah gantikan dengan yang lebih baik untuk aku :) *senyum sorang-sorang.

Ibnu Sina dan SATRIA selamanya dalam hati ini <3


#B1A4 #Gongchan ^^

PASTFUTURE


Blogger IDAH RASHID said...

tahniah SATRIA! :) tapi last2 tu ada pic gongchan pulak...hmmm?? xD

 

Post a Comment