Q U E E N ♡
About;
What's Happening?

1 2 3 4

Shout here;
Talk to much

Archive;
Preview Old Post

Credit;
The Cretive!

© 2013 - Full Template by Arrien Amani and someone help me is Mayra and Inficon . Edit by Shahirah.

Manusia yang tidak adil dan tidak amanah
Saturday, 10 May 2014 | 0 Comments

Assalamualaikum, 
Kalau nak jadi pemimpin/ketua. Make sure ada semua ciri-ciri kepimpinan seperti dibawah ni. 7 ciri pemimpin yang diperlukan oleh umat Islam. Artikel ni Shira dapat dari Facebook.

7 CIRI PEMIMPIN YANG DIPERLUKAN OLEH UMAT ISLAM

1. Beriman dan bertaqwa
2. Beraqidah ahli sunnah serta berpegang teguh kepada al-Kitab dan sunnah.
3. Berilmu dan mengasihi para ulama' serta suka menerima nasihat dari mereka.
4. Amanah dan jujur dalam menunaikan kewajipan terhadap rakyat

5. Adil dalam berhukum dan membuat keputusan

ِAllah SWT berfirman : وَلاَ يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَى أَلاَّ تَعْدِلُواْ اعْدِلُواْ هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى 
"Janganlah kebencian kamu kepada sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil, berlaku adillah kerana ia lebih mendekati taqwa." [al-Maidah:8]
Dalam ayat yang lain Allah SWT berfirman : 
وَإِذَا حَكَمْتُمْ بَيْنَ النَّاسِ أَنْ تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ
"...dan (menyuruh kamu) agar apabila berhukum di antara manusia supaya kamu berhukum dengan adil .." [an-Nisa:58]

Keadilan ialah tonggak langit, tanpanya langgit bisa runtuh lalu membawa seribu satu macam bala. Adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya atau bermaksud menghukum dengan hak dan kewajipan yang Allah perintahkan. Lawannya ialah zalim dan melampaui batas.
Tanpa keadilan maka tidak akan ada pertolongan Allah.
Umar bin al-Khaththab RA berkata kepada al-Mughirah ketika mengangkatnya menjadi gabenor Kufah: "Wahai Mughirah, hendaklah orang-orang baik merasa aman denganmu dan orang-orang jahat pula merasa takut terhadapmu". 


6. Berani melaksanakan kebenaran dan menunaikan kewajipan
7. Penyayang dan mengasihi umat Islam serta membela golongan yang lemah

Conclusion is, Jangan memilih pemimpin selain dari mereka yang ada tujuh sifat ini kerana kelak kita akan menyesal dikemudian hari !

p/s : Fokus No.5. Huraian yang lain boleh tekan dekat Facebook tu .


Sebagai pemimpin atau orang yang diberi tanggungjawab untuk melaksanakan sesuatu tugas. Rasanya semua orang tahu kot kita kene adil, jujur, dan amanah.
Kalau orang dah bagi sepenuh kepercayaan dekat awak. Kenelah awak buktikan kepercayaan tu dekat orang yang percaya dekat awak tu! Bukan ambil mudah perkara ni tau. Nanti awak kene soal dekat akhirat kelak atas segalanya. Terus terang memang susah sebenarnya nak jadi pemimpin ni.

Sebelum tu aku nak cerita something, memang sedih. Aku tak tahu lah kenapa bende ni berlaku dekat team sekolah aku. Cerita die macam ni. Memang ada kaitan dengan apa yang aku share dekat atas tu.
Dalam entri aku sebelum ni aku ada cakap aku ada masuk pertandingan drama english kan? And fyi this is the last xtiviti aku join! Nak dipendekkan cerita selama seminggu tak study sebab practise and buat persiapan rapi untuk Drama. Kami memang berazam nak harumkan nama sekolah. Nak cikgu bangga dengan anak KAMPUNG macam kami ni.
Seminggu Okay? Belum tolak campur lagi dengan latihan choral, catur tu semua.
Drama ni at the end, jeng jeng jeng........KALAH! Aku just fikir maybe takde rezeki. itu yang pertama. Yang kedua, aku fikir balik. Sekolah aku dah buat yang terbaik lebih baik lahhhhh dari sekolah yang dpt 2nd place tu. Even we are "KAMPUNG" school. 1st school tu memang okay kot perfomance dia. Nama pun sekolah elite, pronunciation memang mantap lah! Yang buat aku tersentap! terperanjat! terkejut dan segala "ter" bila sekolah 2nd place tu diumumkan sebagai pemenang. "What? Sekolah tu? Why? and I still think positif, keep smile even tak nampak pun aku ukir senyuman yang konon think positif tu. And one of my friend cakap anggap this as permulaan. Okay, still think positive. But aku rasa sangat tak sedap hati. Memang sedih gila! Always tertanya "why? why? and why?" And even kawan-kawan yang lain asyik bercakap mengenai keputusan yang macam tak masuk akal/worst tu. And guess what next week dah exam ? T^T It was so sad ! Kami dah bazirkan masa, tenaga dan duit yang banyak!!!

For us lah, this was the very sad news! 
But It's okay because many teachers proud of us!
and we have proved it to them!
We ady effort to do the best!
And we consider this as our sweet memories ever!
Thank you for the strong co-operation, my team!
SMK Bukit Jalor always in my heart! 

Situation The Next day (Friday), jeng jeng jeng ~ early morning lagi dah dapat bad news. Guess what? Aku dimaklumkan oleh seorang rakan aku. Dia bisik dekat aku, katanya sebenarnya KITA DAPAT NO.2! ADA CIKGU TERDENGAR PERBUALAN ANTARA HAKIM-HAKIM TU SEMALAM. ADA SORANG HAKIM TU BANTAH! SO LEPAS CIKGU TU TERDENGAR MACAM TU DIA PUN INGAT SEKOLAH KITA DAPAT NO.3! TENGOK-TENGOK TAK DAPAT LANGSUNG BILA DIUMUMKAN SEMALAM !

Kenapa semua ni terjadi dekat sekolah SMK Bukit Jalor? Kenapa dengki sangat dengan sekolah kami? Choral speaking haritu pun. We had do the best! But just our pronunciation yang a little bad. Kami tahu kami hanya sekolah KAMPUNG atau luar bandar. Tapi tak bermakna kami tak boleh berjaya. Tak bermakna kami boleh ditindas. Tak bermakna kami boleh dipijak. Dan tak bermakna kami tak berani nak bersuara!!!!

Wallahu a'lam... Hanya Allah je yang tahu di sebalik kebenaran atas semua kejadian ini.

Kenapa aku cakap school yang dapat 2nd place tu macam kurang nak percaya diorang menang? Because yang pertama dia punya props just gune meja, bangku, dengan kerusi. Sound effect tak banyak. Tapi language okay. Bab berlakon tu biasa lah. Just that kalau nak dibandingkan dengan sekolah aku punya. Props ada tiang lampu, bangku, tong sampah, kereta api, sound effect yang memang ohsem dah macam cerita hindustan dah bak kata sir and teacher aku. Snow untuk romantic scene, smoke untuk train etc. Pelakon yang mantap! Scene bertumbuk memang real. Semua terbaik lah!

100% kitorang buat sendiri ! Ni sir kitorang yang cakap sendiri dekat FB. Even dia ada latih kitorang and pantau kitorang. But bagi aku hampir 100% je lah.

BAWAH NI STATUS TEACHER KITORANG.
Hari selepas pertandingan tamat.
Seriously aku nak nangis baca.

STATUS Sehari selepas pertandingan.

STATUS atas ni aku boleh explainkan sikit. Macam nilah, juri ada 5 orang. Ada 4 orang juri sekolah yang bertanding. Yang masuk drama just ada 6 buah sekolah. so sekolah aku dengan sekolah J**** (Felda) Tak banyak kan? Hahaha sebab diorang dah tahu mesti budak sekolah bandar je yang menang. But please don't give up! We can proved it! Show who we are! But my teacher macam dah takde semangat nak masuk pertandingan english. Mesti sekolah bandar je yang sapu. Tapi still nampak kesungguhan dia. Dia suruh jugak kitorang join walau pun peluang tu tipis. Sebab mind set hakim/juri, sekolah elite je boleh menang. Sekolah kampung tak! So kita kene ubah pemikiran 'dalam kotak' yang macam ni. 
Allah kata, kalau kita usaha. Kita dapat balik dengan apa yang telah kita usahakan itu dengan doa dan tawakal. Buktinya 2 tahun lepas Choral speaking dapat 3rd place. Tahun lepas 1st place (aku tak join) Tahun ni 2nd place. Ini semua sebab ion positive and semangat yang teacher bekalkan untuk kami.

AFTER COMPETITION 
Lepas buat persembahan tu. Aku sebagai sound effect manager (main letak je jawatan tu) lepas dah siap kemas laptop. Aku keluar je teacher dah ada dekat luar dewan. Bayangkan teacher siap peluk dan cium semua budak (perempuan aje). Dan dia kata SAYA BANGGA DENGAN KAMU SEMUA. *ni je kata-kata yang dia cakap, yang aku ingat hahaha. Lebih kurang camni lah.

Masa Drama sedang berlangsung. Keadaan masa tu sangat happy, ceria dan paling aku tak dapat lupekan. Sir Chand, dia....aku nampak sangat happy. Aku yang tengah gelabah tangan menggigil ni terus elok. Huhu. Sweet momories. Iskandar sebelum naik pentas siap melompat-lompat nak hilang kan takut dia tu. Tergelak-gelak aku tengok. Ya Allah. That was a happy day ever. Cikgu Sharif dekat sebelah aku bersama walkie talkie die. Die pun tenangkan aku. Siap tepuk, bagi sokongan. Memang meriah lah belakang pentas tu. Fyi jugak, sekolah aku jadi tuan rumah competition drama. Hehe.

Aku akan senaraikan, apa yang hakim/juri drama tu cakap sebab-sebab sekolah aku tak boleh menang.
1. Suara tak dengar
2. Lelaki pegang tangan perempuan
3. Tak hafal script, tengok 'kunci'

Okay aku akan jawab semua. Semua sebab-sebab ni tak masuk akal langsung !!!
1. Aku ada rakam video, video tu terletak jauh dari belakang juri tu berada. It seriously dengar okay! Please lah. kalau bagi sebab pronunciation tak bagus aku boleh terima lagi. Lagi pun aku siap tanya adik-adik form1 and form2 yang jadi penonton. Lagi lah belakang duduknya. Diorang kata jelas je. Bila aku tanya adik aku KAU DENGAR SUARA PELAKON TADI? katanya DENGAR. Lepas tu aku suruh adik aku ceritakan balik drama tu kalau dia betul-betul dengar. Memang terperanjatlah sebab betul! See? Tak munasabah betul sebab dia! Kalau dia nak cakap sound effect tu kuat and menjejaskan suara pelakon. Ni memang tak boleh diterima. Sebab cikgu Sharif ada walkie talkie, ada orang dekat depan tolong bagi arahan perlahankan sound atau kuatkan sound. Mana mungkin dong ini alasan kamu beri in pada gue. Nasib baik hakim tak cakap sebab sound effect die kuat sehingga menjejeaskan suara pelakon.

2. Tak nasib baik lagi. Iskandar ada pegang tangan Mira iaitu kawan aku. Dia bukannya pegang kulit tu pun. tak bersentuhan pun. Berlapik kot! Tangan dia pun pakai sarung tangan lah! Baju dia opkos lah lengan panjang. Hello! Islam itu sangat mudah. Tolong jangan nak beratkan semua perkara tu. Lagipun peraturan dia tak cakap pun tak boleh pegang walaupun berlapik! Sorry to say lah. Drama dekat TV tu berlambak je pelakon yang pegang tangan tanpa berlapik! Siap menang anugerah terbaik, popular dan sebagainya tu semua ape cer? Ni kan pulak kitorang yang berlapik! Tutup aurat! Tak logik~ tak logik~

3. Hero kitorang ada pegang kunci. Kunci tu kunci untuk Gatsby Gold. Dalam drama "Gulp and Gasp". Boleh lah cari dekat google. Baca story drama tu ye baru tahu. Hehe. You know what? Hakim tu cakap kitorang punya pelakon Hero terhensem tu baca script. Maksud dia kitorang ada tulis script dekat kunci tu sebab tak hafal script!
Memang tak puas hati betul bila satu....satu....yang aku dengar dari cerita kawan aku tu.
Bagi aku lah kan, sangat pelik! Kenapa hakim yang tak puas hati tu pergi sendiri tengok dekat kunci tu? Kenapa tak pergi eh? Macam tak logik je kan kawan-kawan?

Takpe  "What you give, you get back".
Akhirat esok tanggung lah kerana ketidakadilan kamu itu.
Disebabkan kebencian kamu, kamu tak berlaku adil.
Wallahu a'alam...
Setiap kejadian ada hikmah-Nya...
Pengajaran dia. BERLAKU ADIL LAH KITA SESAMA MANUSIA

ATAS NI SENARAI SOUND EFFECT YANG DIGUNAKAN.
Aku paling suke part LAWAN tu.  Hihihi
 Last minit baru aku tambah.







STATUS AFTER CHORAL SPEAKING COMPETITION


DUNIA INI ADIL! MANUSIA YANG TAK ADIL!
Shira minta maaf kalau ada bahasa yang tak menyenangkan. Minta maaf ya untuk segalanya :)



PASTFUTURE


Post a Comment