Q U E E N ♡
About;
What's Happening?

1 2 3 4

Shout here;
Talk to much

Archive;
Preview Old Post

Credit;
The Cretive!

© 2013 - Full Template by Arrien Amani and someone help me is Mayra and Inficon . Edit by Shahirah.

Kering Otak
Tuesday, 17 December 2013 | 6 Comments




Pernah ke anda dengar kering otak? Haha sebenarnya kekeringan idea nak buat entri xD lebih tetap kalau cakap takde story nak share. Haha~ Any idea untuk Shira buat entri? 
Cuti nih takda pergi Holiday. InshaAllah tahun depan bulan tiga :) tak sabar rasanya hihi ><
Hari ni ibu cuti, ibu tak berapa sihat lepas balik dari program di Selangor. Dua hari tau ibu takde. Rindu ibu >< Malam tadi baru ibu balik.
Sebenarnya Shira nak share story pagi tadi. Cerita dia macam ni, pagi tadi Shira ternampak ayah Shira terjaga. Lepastu ayah sambung tidur dekat ruang tamu. Pastu Shira senyap-senyap masuk bilik ibu, nak tidur dengan ibu haha xD rinduuuuu~
 Shira tak dapat nak lelapkan mata, so Shira pandang je muke ibu Shira yang sedang lena tidur plus tak sihat tu. Malam tadi ibu senyap je lepas balik dari program tu. Tak banyak cakap sangat. Mula-mula ingat mood ibu tak okay. So Shira takut lah nak tegur plus bz buat freebies xD Sebelum ibu pergi program dekat Selangor dua hari lepas, Shira rasa tak sedap hati. Seriously, Shira hanya mampu berdoa je supaya hati Shira ni tak fikir bende bukan-bukan. Masa ibu nak bertolak Shira pandang je muke ibu. Ibu pulak bersemangat semacam je, raut wajah ibu sentiasa mengukir rasa kegembiraan. Rasa macam nak cakap "ibu, jangan pergi." Menangis tau lepas ibu dah bertolak awal pagi jam 4.30 pagi lalu T.T

Bila ibu takde rasa susahnya hidup ni. Kene buat itu dan ini.. macam-macam kene buat. Masak pun sendiri huhu.. Mujurlah ada adik Shira yang banyak membantu. Abang Shira dia pergi kerja. So Shira dengan adik lah yang kene jaga makan minum ayah Shira xD haha. Basuh sidai baju, kemas rumah, basuh pinggan, dan banyak lagi T.T tapi sempat jugak lah online dan itu semestinya hahaha.. Bila Shira pandang wajah ibu yang sedang lena tidur tu tiba-tiba mengalir air mata. Haaa sekarang ni pun rasa nak mengalir je air mata nih T.T Shira try nangis senyap-senyap supaya ibu tak terjaga. Lepas tu Shira Calm down. Macam-macam yang bermain dalam fikiran Shira. Syukur alhamdulllah ibu selamat pulang.. Tapi Shira sangat-sangat senang mengalirkan air mata bila pandang wajah ibu dan bila teringat ibu :'( Banyak pengorbanan yang ibu dah curahkan. kasih sayangnya, masanya, tenaganya untuk kami sekeluarga. Semua tu tak dapat dinilai.. Hanya Allah sahaja yang dapat balas semua jasa ibu sejak Shira dilahirkan hingga ke hari ni. Sayang ibu <3 Shira cuma harap Shira pergi dulu sebelum ibu.. Tanpa ibu hidup Shira susah.. sangat susah.. Shira senang jadi lemah.. Shira nak minta maaf dekat ibu, kalau-kalau ibu baca entri ini :))
Besar pengorbanan seorang ibu, sehingga tak dapat dinilai.. Sayangilah mereka, sebelum mereka pergi :'(

Cerita sedih tentang seorang ibu.. Click*
Buat renungan semua anak di dunia. Baca dan hargai ibu anda :)

PASTFUTURE


Blogger Cikgu Norazimah said...

hargai ibu anda ketika mereka masih ada sebab bila dia sudah 'pergi'..hanya doa mampu kita kirimkan ..

 
Blogger Nasuha said...

Salam.. Samalh mama sy tak berapa sihat sejak semalam... Betul sangat. Setuju dengan pandangan.

 
Blogger tenku butang said...

Haiiiii..Cakkk!!
done follow sini
sudilah kiranya follow me back yea..
he2.. salam kenal.. keep in touch yea..=)

http://tengkubutang.blogspot.com/

dan my 2nd blog
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

 
Blogger Shira Nur said...

@Cikgu Norazimah betul tu CN :))

 
Blogger Shira Nur said...

@Nasuha hehe :)) semoga mereka cepat sembuh untuk jaga anak-anak mereka yang nakal-nakal ini :3 haha xD

 
Blogger Shira Nur said...

@tenku butang Cak ! hehe dah follow dah :)

 

Post a Comment