Q U E E N ♡
About;
What's Happening?

1 2 3 4

Shout here;
Talk to much

Archive;
Preview Old Post

Credit;
The Cretive!

© 2013 - Full Template by Arrien Amani and someone help me is Mayra and Inficon . Edit by Shahirah.

Rindu serindu Rindunya
Thursday, 6 December 2012 | 0 Comments

Sejak bulan Disember muncul, macam-macam yang berlaku. Shira masih ingat lagi. 1hb dis Shira mimpi arwah atok dan arwah nenek. :'( sedey sangat mimpi tue. Sampai Shira terbangun dari tidur banyak air mata yang mengalir, dengan hingus yang menyekat Shira dari bernafas. Terus Shira terjaga. Shira mimpi arwah atok dengan nenek dekat kampung. Tapi terbalik, rumah Shira sekarang jadi  kampung. Kampung Shira jadi rumah Shira. So time dalam mimpi tue Shira dkat kampung, aka rumah Shira. Haha :D Then arwah atok suruh Shira dengan Angah Shira bersiap pergi kempen politik. Sangat annoying! Sebelum pergi kempen politik tue nenek masak! Time tue Shira menangis. Shira menangis taktao kenapa? Maybe Shira sangat rindu dekat arwah nenek. Banyak kali mimpi arwah nenek :'( nenek Shira meninggal tahun 2010. Arwah atok pulak meninggal tahun 2005. Dah lama daa. Tapi Shira tak rapat dengan arwah atok. Shira puns tak pernah mimpi arwah atok. Tapi Shira tetap sayang dan doakan atok walaupun atok selalu menyakat, gurau-gurau, dan marah Shira sometimes tue sbb nakal. Hehe :DD

Nenek, Shira rindu nenek :'( nenek jage Shira dari kecil. Pernah satu kali Shira telefon nenek masa umur Shira 5-6 tahun. Shira cakap dengan nenek Shira nak balik kampung malam tue. Tapi tak jadi. Shira tak inform dekat nenek sebab sangat kecewa bila ibu cakap tak balik malam tue. Esok tue balik kampung. Nenek cakap nenek dah siapkan bentang toto tidur sama-sama :'( Shira kesian dan bersalah rasanya :'( Shira ingat lagi masa kita turun sawah bagi ikan makan, borak-borak dengan nenek dekat serambi. Makan masakan nenek. Kalau masa cuti mesti duduk kampung sampai bukak sekolah. Tapi sejak nenek jatuh dekat tandas. Tangan nenek patah. Shira terkenang kembali. Masa tue cuti sekolah. Shira, abang Safwan, abang Shafiq, dengan Syakirin ada kat kampung. Nisa dengan intan puns ada sekali. Shira gaduh kecil dengan diorang masa main-main dekat luar. time tue rumah baru tengah buat. then Shira masok rumah layan tv jea. Tiba-tiba Shira dengar bunyi kuat datang dari arah dapur. Shira pergi tengok rupa-rupanya nenek jatuh. Shira tengok mimik muka nenek tengah menahan sakit. Shira jerit kuat-kuat! Abang! Nisa! Intan! Mama! Nenek jatuh! Nasib baik ayah singgah kampung. Selang seminit lepas nenek jatuh ayah sampai. Ayah terus bawak nenek pergi hospital. Tangan nenek kene simen. Shira ingat lagi Shira tanya nenek sakit tak pakai bende tue. Nenek cakap gatal. Then nenek suruh garukan. Hehe. Shira belek-belek tangan nenek. Lepas kejadian tue. Nenek jatuh lagi. Jatuh dekat sawah masa nak melintas titi kelapa. Nenek jatuh. Tangan nenek patah lagi. Sejak tue nenek dah mula sakit. Dah tak boleh bangun. Nenek sebenarnya seorang yang kuat semangat :')


Allah sayangkan nenek, lagipuns Shira tak sanggup tengok lagi nenek menanggung kesakitan. Tak boleh nenek, Shira relakan nenek pergi. :'( lama nenek hidup dlm dunia Shira sampai 3hb Julai 2010 pada usia 80-an :'( nenek kembali kerahmatullah :') Shira terkejut bila dengar! Shira ingat lagi masa tue Shira, Nisa dgn Intan tgh kemas dorm bilik perempuan dekat tingkat 1. Tiba-tiba Syakirin turun cakap nenek dah meninggal :'( Shira tak percaya! Lepas tue kami bergeges naik tingkat atas! Semua orang terdiam, ada yang menangis. Shira cepat-cepat cari ibu. Tiba-tiba something yang berlaku kepada Mak Ngah. Kesian mak ngah. Nenek tahu tak betapa sepinya hidup Shira lepas ketiadaan nenek! :'( Shira sedih! Masa ramai-ramai nak cium jenazah nenek Shira duduk sebelah nenek :'( Shira menemani nenek! Berharap nenek bangun! :'( dan Shira nak sangat cium jenazah nenek, Shira menanti dan menunggu selepas anak-anak, cucu-cucu yang dah besar. Barulah Shira :'( Ya Allah lepas cium Shira rasa nak minta maaf tapi dah terlambat! Hmmm :'/ Shira ingat lagi nenek selalu potongkan buah rambutan, lepas tue Shira nganga mulut suruh nenek suapkan! Nenek buatkan air milo. Tapi yang paling Shira tak boleh lupakan nenek ajar Shira baca tahiyat akhir masa umur Shira 6-7 tahun. Nenek jadi imam. Shira suruh nenek baca kuat-kuat supaya Shira boleh ikut apa yang nenek baca :') Shira lah yang setia bersama nenek. Sapu sampah dengan nenek :') Gurau-gurau dengan nenek. Shira manja dengan nenek :D Tapi sejak nenek dah takda :'( Shira akui Shira jadi pendiam. Bila dkat kampung Shira duduk dalam bilik jea. Kalau dulu Shira mesti ada kat sebelah nenek. Urut kepala nenek. Badan nenek sampai keluar angin. Hehe :D Bercerita dengan nenek. Shira banyak sangat bercakap! Tanya itulah.. inilah.. Hehe :D Shira sayang nenek! Masa nenek terlantar dekat katil selama bertahun. Shira kesian dekat nenek!! Takde siapa pedulikan nenek. Nenek panggil sorang pun tak peduli. Shira nangis kadang-kadang. Nenek panggil nak minta tolong kan. Shira paham :'( Sampaikan diorang rimas bila nenek panggil nama diorang. Sekarang nenek takda mesti diorang rindu panggilan panggilan dari nenek kan, nenek? Nenek boleh kea dengar? Hmm :'/ Shira rasa apa yang nenek rasa. Kadang-kadang Shira ada di sisi nenek menemani nenek. Dengar nenek bercerita. Dengar nenek nyanyi lagu jepun. 
Kalau korang nak tahu nenek Shira ada masa zaman penjajahan jepun. Arwah masih kecil dan terselamat dari kekejaman tentera jepun sebab Arwah tok moyang Shira gali lubang besar bawah tanah berdekatan kawasan kubur cerita dari arwah nenek masa dia sihat :D Shira tak rakam nenek nyanyi lagu tu :'( kalau tak boleh dengar suare nenek sekarang. Tapi Shira tak lupa suare nenek dan juga raut wajah nenek :') Masih lagi tersemat di ingatan Shira.. ;') Raut wajah seorang wanita yang tabah dan cekal semangatnya :'( Ya Allah kau jagalah arwah. Tempatkanlah arwah bersama orang-orang yang soleh dan beriman. Iaitu di syurga-Mu Ya Allah :'( Amin!!!! :'( Lepas Shira cerita dekat ibu Shira, ibu tanya dah doakan nenek? Nanti sedekahkan Al-fatihah dekat nenek! :) Baiklah ibu! ^^ I will!
Last sekali, Shira nak bagitau korang pasal kempen politik yang Shira mimpi tue, korang nak tau kea kempen dari bendera mana yang Shira mimpi tue? Hihi ^^ Takpayahh lah ea? Karang blog ini dicop sebagai blog orang politik susah karang! Tapi yang pasti Shira tak suke Parti tersebut! Harap Maklum! :D  Assalamualaikum :)

PASTFUTURE