Q U E E N ♡
About;
What's Happening?

1 2 3 4

Shout here;
Talk to much

Archive;
Preview Old Post

Credit;
The Cretive!

© 2013 - Full Template by Arrien Amani and someone help me is Mayra and Inficon . Edit by Shahirah.

Mimpi lagi
Friday, 7 December 2012 | 0 Comments

Hari tu Shira mimpi lagi :) Tapi kali ini Shira mimpi kawan-kawan Shira. Rindu time sekolah rendah. Banyak kenangan manis dekat sekolah sjk(c) Air Kuning Selatan. Aww aww rindu dibuatnya =)


Kalau nak tahu kami satu kelas memang suka PJK. Mesti pergi dewan Aks. Main badminton, bola jaring. paling seronok main permainan kabati. *Betul kea aku eja? Hehe :D Tapi sekarang dah tak ingat dah cara permainan tue. Then main kejar-kejar satu dewan. Haha. Lelaki perempuan semua main. Shira rapat sangat dengan Ngah Theng. Dia baik :) Kawan sebelah meja Shira. Kalau Shira tak tahu buat karangan bahasa cina, dia tolong. Hehe :D Terlampau banyak kenangan :') Ingat lagi seminggu sebelum UPSR. Guru besar Shira buat tuisyen setiap malam. Sebelum start tuisyen, kitorang semua main nyorok-nyorok satu sekolah dalam kegelapan. Haha. Seram sangat. Waktu belajar pagi sebelum pukul 7 mesti kene sampai sekolah, pagi tue senaman ramai-ramai. Membaca buku "Ti Zhi Kui" then baca Pantun Bm dgn English. Lepas tue masuk kelas belajar sampai pukul 1.30 ptg. 2.30 masuk kelas tuisyen sampai pukul 6ptg. Bertapa seksanya kitorng time tue. Lumrah sekolah cina. Ikut jela. Lepas tue ada pulak tuisyen malam. Haish lagi la. Tuisyen start pukul 7-9 mlm. See? berapa jam jea kitorang ada untuk rehat! Balik ada lagi kerja sekolah. Banyak! Cikgu akan kasi kerja sekolah setiap hari. Ptg sebelum masuk tuisyen, Shira tak balik rumah. Stay sekolah. Solat dekat bilik belajar kitorang. Makanan ibu bawak bekal hantar ptg tuh. Hmm :/
Cikgu yang paling garang cikgu Cher. Guru kelas kitorang. Masuk kelas kena baca satu buku tu then ingad. Lepas cikgu masuk semua bangun cikgu soal. Shira paling takut kalau hari tu buat karangan. Sebab kalau buat karangan hari tu kene hantar! dalam 2 masa tu semua bangun, tak boleh duduk buat karangan. Siapa orang last buat karangan kene ketuk ketampi 50 kali. tak puns 100 kali. Memang nak menangis. Kawan melayu Shira yang lain boleh tiru pelajar lain. Hadi, safwan dgn rasul. Tapi Shira tak dibenarkan! :'( Kesian Shira. Takpe nak berjaya kan? =) Nak taknak kene buat. Kene tanya orang sebelah. Tapi diorang mesti nak siap cepatkan? Hmm :'( Last-last tangan sampai menggigil tengok yang lain dah siap duduk hantar dkat meja depan. Cikgu ke hulu ke hilir ronda. Haha. 

 Cikgu Ee, cikgu maths. Masuk kelas kene hafal sifir. sifir 1-12, 15, 25 dengan 50. Then kene hafal formula. Itu lah ini lah. Masuk kelas cikgu tanya sambil rotan kat lengan cikgu pukul sampai boleh jawab. Sakit >.< Sekse memang sekse. Setiap kali waktu maths pulak tu. Dari darjah 5-6 dia yang ajar. Then siapa markah rendah kene dende. Masuk jea kelas ada exam. tahun 1990-an punya pulak tue. Susah!


 Lepas UPSR, kami orang paling happy. Berkebunlah, main chess lah, ping pong, pergi dewan main kejar-kejar. memang best lahh kan? Then belagak dengan budak bakal UPSR tahun depan. Haha. Padan muke diorang pulak kene sekse. Tapi sekarang untung sesangat. Adik Shira balik tuisyen pukul 5 macam tue. kadang-2 takde tuisyen langsung! Bestnya. Tak adil!! Batch kitorang cikgu dengki! kalau takde tuisyen mesti ada cikgu lain yang nak buat tuisyen. 

 So inilah Ngah Theng, dia memang pandai menyanyi. Merdu suara dia :) Suka sangat! Ehh Shira teringat Shira puns ada sertai pertandingan menyanyi. Semua tahun 6 wajib! So semua kelas Shira masuk. Shira yanyi lagu suasana di hari raya tak silap! Betul lah tue. Ada 2 kategori. 1-Bahasa Cina. 2- Bi & Bm. So last sekali Shira dapat masuk final. Then akhir sekali... dapat No1. Haha. Macam tak percaya! =p


So inilah kawan-kawan Shira =) tak ramai puns. Tiga orang dah pindah. Lim Yoke Fong, Chong Ngah Theng & Nye Siew Suang. Walaupun Ngah Theng dah pindah. Shira tetap kawan dia sampai bila-bila =) Last kami belajar time form1. Form2 dia pindah. Tapi time form1 Shira tetap duduk sebelah dia. Haha :) Kami buddyz tak akan terpisah! 
Okay so inilah serba sedikit tentang cerita Shira, gambar tue diambil dalam kelas Shira. Locker belakang tue memang Shira paling sayang. Kenangan Manis 2004-2009 =)
Tapi sekarang seorang dah pergi meninggalkan kami, sebelum cuti sekolah bulan 11, 2012. Pelajar lelaki.. Kawan sekelas 2009. Mati lemas gara-gara tergelincir dalam sungai sebab nak ambil bola :'( Kesian sangat! Terbayang~ Dia memang selalu ambil bola masa PJK kalo bola tue terkeluar dari pagar atau masuk dalam sungai. Tapi Shira tak tahu puns dia mati lemas dkat mana. Hmm :/ Tak nak tanya sebab nanti kawan yang lain sedih! :(

PASTFUTURE